Sebanyak 285 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak berkenaan meningkat kepada 5,034,228.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 10,355, turun 9.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (98)

Kuala Lumpur (69)

Melaka (21)

Johor (15)

Perak (14)

Sarawak (13)

Pulau Pinang (11)

Negeri Sembilan (9)

Putrajaya (9)

Kedah (8)

Pahang (6)

Sabah (4)

Kelantan (3)

Terengganu (3)

Perlis (1)

Labuan (1)

Tujuh lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam iaitu melibatkan empat kes di Selangor dan tiga kes di Kuala Lumpur. Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata tiga orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata empat orang meninggal dunia akibat wabak itu dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,930 kematian direkodkan.

Seramai 382 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 16 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (46) diikuti Sabah (42) dan Kedah (10).