Sebanyak 309 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak berkenaan meningkat kepada 5,034,830 kes.

Bagaimanapun tiada kes kematian dilaporkan semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes aktif kini berjumlah 10,337, turun 9.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Pulau Pinang (89)

Selangor (85)

Kuala Lumpur (51)

Johor (14)

Negeri Sembilan (14)

Sarawak (13)

Kedah (12)

Melaka (9)

Terengganu (6)

Perak (5)

Putrajaya (5)

Sabah (3)

Pahang (2)

Kelantan (1)

Perlis (0)

Labuan (0)

Sepanjang minggu lalu, purata tiga orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,932 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sementara itu seramai 381 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 13 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.