9 terbunuh dalam insiden tembakan di kelab tarian di Los Angeles
Diterbitkan: Jan 23, 2023 1:58 PM
GLOBAL | Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang di sebuah kelab tarian dekat Los Angeles yang menganjurkan acara sempena sambutan Tahun baru Cina, lapor Agensi Anadolu.
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 10.20 malam waktu tempatan (0620GMT) di Monterey Park pada Sabtu, lapor akhbar tempatan LA Daily News memetik Timbalan Syerif Tracy Koerner dari Jabatan Syerif Kaunti Los Angeles.

Terletak di bahagian timur bandar California, Monterey Park mempunyai populasi 61,000 dengan kira-kira 65 peratus penduduk berketurunan Asia.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/8ff6fe3f349e396989ba3fabf0d2bce5.jpg)
