Penggiat kesihatan mental terus melobi supaya kekosongan jawatan senator Dewan Negara diisi oleh golongan itu.

“Penting untuk kita ada penyokong kesihatan mental di Dewan Negara. 

Kita perlu ada sumber dalam kalangan senator untuk menumpukan kepada isu kesihatan mental.

“Jika tidak kita akan bekerja secara terasing dan setiap kumpulan, NGO dan agensi kerajaan mempunyai agenda tersendiri tanpa melihat kepada gambaran lebih besar,” kata Pengerusi Gabungan Kebangsaan untuk Kesihatan Mental Siti Subaidah Mustaffa.

Siti Subaidah Mustaffa

Katanya, seorang senator daripada kalangan penggiat kesedaran kesihatan mental dapat menjadi suara golongan terlibat.

Memberikan contoh dalam kes cubaan bunuh diri, Siti Subaidah berkata tidak cukup dengan memansuhkan undang-undang yang menjenayahkan cubaan itu.

“Kita harus buat lebih daripada itu kerana mereka yang terlibat ini adalah mangsa, bukan penjenayah,” katanya.

Sebelum ini gesaan sama dibuat oleh Presiden  Persatuan Kesihatan Mental Malaysia Andrew Mohanraj yang juga bendahari Persekutuan Kesihatan Mental Dunia.

[Baca berita asal]