Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Panggil juga duta Afghanistan isu cabul hak wanita - Kasthuri Patto
Diterbitkan:  Jan 27, 2023 4:52 PM
â‹…
Dikemaskini: 1:16 PM

Bekas ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto menggesa Wisma Putra memanggil wakil Afghanistan berhubung pencabulan hak wanita dan kanak-kanak.

Gesaan itu dibuat setiausaha perhubungan antarabangsa DAP itu selepas Wisma Putra memanggil wakil Sweden berhubung isu pembakaran al-Quran.

"Seterusnya, kepada menteri luar negeri untuk memanggil duta republik Islam Afghanistan berhubung pelanggaran berat hak wanita dan kanak-kanak.

"Dan kedutaan republik Islam Iran mengenai pelanggaran hak asasi manusia termasuk menggunakan hukuman mati sebagai alat politik untuk menutup suara daripada perbezaan pendapat," ciapnya di Twitter.

Semalam, Kementerian Luar Negeri memanggil Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden bagi menegaskan kembali kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan keji Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm pada 21 Januari lalu.

Menerusi satu kenyataan media, Wisma Putra menyampaikan bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap keengganan pihak berkuasa Sweden mengambil tindakan terhadap Paludan yang sudah dua kali berbuat demikian, meskipun mendapat tentangan masyarakat antarabangsa.

"Wisma Putra pada masa sama menggesa pihak berkuasa Sweden agar mengambil langkah serius menentang sebarang unsur keganasan dan kebencian terhadap Islam di Sweden," kata kenyataan itu.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Sweden di Kuala Lumpur mengambil maklum bantahan Kerajaan Malaysia itu dan akan menyampaikannya kepada Stockholm.

Lihat Komen
ADS