Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anak beranak juga layak, kata pegawai Nurul Izzah
Diterbitkan:  Jan 31, 2023 1:01 PM
Dikemaskini: 7:20 AM

Lantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan perdana menteri dapat mengubah tanggapan berkaitan dakwaan nepotisme, kata pegawai kanannya.

“Selain itu, pelantikan Nurul Izzah juga akan dilihat sebagai usaha merubah persepsi bahawa anak beranak juga layak jika tujuannya untuk mengumpul atau mendapatkan balik kekayaan negara untuk dipulangkan kepada rakyat,” kata Amir H Ghazali.

Amir berkata, tidak timbul dakwaan kronisme ataupun nepotisme kerana ia dibuat demi kepentingan negara.

Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah

“Lagipun Nurul Izzah bukan CEO (ketua pegawai eksekutif) atau pengerusi yang ada sebarang kuasa untuk meluluskan projek, tender dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Anwar berkata, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Dalam kenyataan hari ini, selepas beberapa hari dikecam, Amir berkata tidak semestinya kronisme atau nepotisme diukur disebabkan penglibatan anak beranak jika seseorang itu mempunyai kredibiliti dan kebolehan.

Sementara itu, dia juga mendedahkan bawawa Nurul Izzah menumpukan tugasnya untuk mendapatkan maklum balas rakyat terhadap Bajet dan dasar kerajaan.

Dia juga berkata lantikan Nurul IZaah yang membentuk pasukan yang rapat dengan perdana menteri memudahkan pelan tindakan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan yang hendak dilaksanakan segera.

“Justeru, buat apa hendak menggelabah jika sekiranya pihak-pihak di sebelah sana yang kini pembangkang kalau tidak melakukan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Lihat Komen
ADS