Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Belanjawan 2023: Saya sedang sediakan, kata PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia masih dalam proses menyediakan Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan di parlimen Jumaat ini.

"Saya nak balik ke pejabat (sekarang), saya sedang mengusahakannya (belanjawan),” katanya Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan secara ringkas kepada pemberita semasa ditanya mengenai persiapan menjelang pembentangan belanjawan.

Anwar berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di Kuala Lumpur.

Sebelum ini dia dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, dan pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi negara, di samping menarik pelaburan.

Menurutnya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu, termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS