Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Diskaun sehingga 20% pinjaman PTPTN selama 3 bulan
Diterbitkan:  Feb 24, 2023 6:02 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus selama tiga bulan.

Menteri Kewangan Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu dalam ucapan Belanjawan 2023 hari ini di Dewan Rakyat.

"Berkait tentang pinjaman PTPTN, kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan bermula 1 Mac 2023 sehingga 20 peratus," katanya.

Anwar juga berkata bahawa kerajaan bersetuju memberikan penangguhan pembayaran bagi tempoh enam bulan kepada peminjam pendapatan bulanan RM1,800 ke bawah.

"Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan," katanya.

PH dalam manifesto PRU lalu tidak menjanjikan penghapusan hutang PTPTN secara menyeluruh.

 Namun, PH berjanji untuk menghapuskan pinjaman PTPTN secara bersasar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS