Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TikTok padam 325 video atas permohonan SKMM
Diterbitkan:  Mar 2, 2023 4:06 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

PARLIMEN | Sejumlah 325 video di TikTok dipadam selepas permohonan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata SKMM telah memfailkan 346 permohonan kepada TikTok untuk menurunkan atau memadamkan kandungan sejak 2020 hinggga Januari tahun ini.

Menurutnya, SKMM juga telah membuka 23 kertas siasatan berhubung kandungan di media sosial itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak dua kes telah diberikan surat amaran, manakala 21 kes sedang dalam siasatan," katanya dalam jawapan parlimen kepada soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar).

Afnan Hamimi meminta Fahmi menyatakan berapa bilangan akaun TikTok yang telah disekat dan sebab tindakan itu dikenakan.

Fahmi berkata kerajaan hanya boleh bertindak ke atas kandungan di TikTok yang didapati melanggar peruntukan sedia ada serta tidak selaras dengan terma yang ditetapkan platform itu dengan membuat permohonan melalui SKMM

"Tindakan penyahaktifan atau penutupan sesebuah akaun, dalam kebanyakan keadaan, hanya boleh dilaksanakan sekiranya berlaku pelanggaran piawaian komuniti secara berulang-ulang," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS