Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
26 Mac cuti umum di Johor
Diterbitkan:  Mar 9, 2023 3:36 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Kerajaan Johor bersetuju mengisytiharkan 26 Mac depan sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, sekiranya awal Ramadan jatuh pada hari sama dengan hari keputeraan.

Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani berkata kerajaan negeri, bersetuju mengisytiharkan Ahad depan (26 Mac) sebagai hari kelepasan am, selaras dengan dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Adalah dimaklumkan bahawa pada 23 Mac 2023 (Khamis) merupakan hari kelepasan am bagi negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

“Dan sekiranya awal Ramadan yang juga merupakan hari kelepasan am bagi Negeri Johor, jatuh pada tarikh yang sama, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac 2023 (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am, selaras dengan dengan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya dalam kenyataan hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS