Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar, kata kesatuan
Diterbitkan:  Mar 10, 2023 5:04 PM
Dikemaskini: 9:04 AM

Kesatuan Pekerja  Bank Sarawak (SBEU) menyifatkan cCadangan kerajaan untuk membenarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan sebagai cagaran pinjaman sebagai bukan sesuatu cadangan yang baik. 

“Di bawah Akta KWSP simpanan pencarum dilindungi daripada kebankrapan. Justeru, apa yang akan berlaku jika peminjam gagal membayar pinjaman mereka dan adakah bank mahu memberi pinjaman dengan cagaran sedemikian?

"Memandangkan skim ini adalah untuk mereka yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman, terdapat risiko tinggi mereka lalai dan kedua bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP,” kata ketua pegawai eksekutif SBEU Andrew Lo dalam satu kenyataan hari ini.

Andrew Lo

Dia mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam yang berkata kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan hanya diberikan kepada pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun KWSP mereka.

Mengulas lanjut, Lo berkata memandangkan skim ini adalah untuk mereka yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman, terdapat risiko tinggi mereka lalai dan  bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.

"Jadi pencarum akan terus melihat kedudukan kewangan keseluruhan mereka bertambah buruk.

"Ia juga akan meningkatkan tahap keberhutangan yang telah mencapai tahap yang membimbangkan," kata Lo.

[Baca berita penuh] 

Lihat Komen
ADS