Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan 'Jom Ziarah': Chegubard dakwa ada usaha lindungi Yeoh
Diterbitkan:  Mar 20, 2023 4:44 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Polis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagi membantu siasatan terhadap acara 'Jom Ziarah Gereja' yang telah pun dibatalkan.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata pihaknya berharap dapat mengambil keterangan Yeoh dalam masa terdekat.

Bagaimanapun pemimpin Bersatu Badrul Hisham Shaharin - yang turut dipanggil polis berhubung acara itu - mendakwa wujudnya konspirasi untuk melindungi menteri tersebut.

Badrul yang lebih dikenali dengan nama Chegubard berkata ia berdasarkan kaum pegawai polis yang mengambil keterangannya dan Yeoh.

Katanya, laporan polis Yeoh terhadapnya diserahkan kepada seorang inspektor Cina, manakala laporannya terhadap Yeoh diberi kepada inspektor India.

"Tak mungkin a satu kebetulan yang kedua-dua pegawai polis ini bukan beragama Islam.

"Namun saya yakin ia bukan keputusan polis sebaliknya tekanan dari pihak atasan," katanya kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul sebelum memberi keterangan.

Badrul juga menegaskan yang dia tidak menentang agama lain namun berkata tindakan mempromosi agama lain kepada orang Islam adalah salah.

Terdahulu, Badrul mendakwa Yeoh ingin menjalankan program Kristian evangelis menerusi acara 'Jom Ziarah Gereja'.

Acara itu adalah sebahagian daripada program kunjungan golongan muda ke rumah ibadat pelbagai agama untuk memupuk pemahaman mereka berkenaan agama lain.

Yeoh menafikan dakwaan unsur Kristian evangelis dan membuat laporan polis terhadap Badrul.

Dia juga menjelaskan golongan muda bukan Islam juga terlibat dalam program 'Jom Ziarah', antaranya ke masjid.

Lihat Komen
ADS