Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat tersebut dijadual dihadiri semua pemimpin parti gabungan PH bagi membincangkan kerjasama, sebelum rundingan diadakan dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu.

"Tarikh mesyuarat PH pusat belum ditentukan...kita habiskan mesyuarat dalaman PH negeri (dahulu) yang (dijangka) akan diadakan pada hari Ahad, 2 April," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Bazar Ramadan Prangin Mall 2023 di sini hari ini.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata selepas mesyuarat dalaman PH negeri, gabungan itu akan mengadakan perbincangan dan rundingan dengan BN Pulau Pinang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

Pulau Pinang antara enam negeri termasuk Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu yang akan mengadakan PRN pada tahun ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS