Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TPM: Ahmad Said dilantik semula sebagai pengerusi Ketengah
Diterbitkan:  Mar 29, 2023 3:42 PM
Dikemaskini: 7:42 AM

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Ahmad Said dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ahmad Zahid berkata pelantikan semula Ahmad Said diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Presiden Umno itu berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, Seberang Takir di Kuala Nerus malam tadi, lapor Astro Awani.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengesahkan semua calon BN akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.

Katanya, calon parti lain dalam Kerajaan Perpaduan pula akan menggunakan lambang masing-masing.

"Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS