Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
FGV lantik semula Shahrol Anuwar sebagai pengerusi interim

FGV Holdings Bhd hari ini mengumumkan pelantikan semula Shahrol Anuwar Sarman, pengarah lantikan kerajaan dalam Lembaga Pengarah FGV sebagai pengerusi interim berkuat kuasa hari ini.

FGV dalam satu kenyataan berkata beliau akan mengambil alih peranan baharu itu sehingga pelantikan pengerusi baharu oleh Pemegang Saham Khas FGV.

Penetapan semula itu dibuat selepas tamat tempoh perkhidmatan pengerusi terdahulu, Datuk Dzulkifli Abd Wahab pada 31 Mac 2023.

Shahrol Anuwar, 49, mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan di dalam dan luar negara.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam Kementerian Kewangan dan merupakan setiausaha bahagian pelaburan strategik kementerian itu dari 2019 hingga 2022.

Pada masa ini, beliau adalah Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Cardiff University, Wales, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kewangan dari Universiti Teknologi MARA.

- Bernama

Lihat Komen
ADS