Itali mahu haramkan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Diterbitkan: Apr 3, 2023 12:30 PM
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.
Draf undang-undang yang diusulkan Ahli Parlimen Fabio Rampelli itu mencadangkan denda sehingga €100,000 (US$108,705) kepada mereka yang melanggar peraturan baharu itu.
Rampelli berkata bahasa Inggeris telah menyusup ke dalam bahasa Itali.
Undang-undang itu juga bertujuan untuk mengenakan hukuman ke atas penggunaan mana-mana bahasa asing lain dalam komunikasi rasmi.
Ia juga bertujuan untuk melindungi dan menggalakkan penggunaan bahasa Itali.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/95e58b2f488f20671d735cd59bb5b266.jpg)
