'Tanya Sarawak dahulu'
Kerajaan Persekutuan perlu berbincang dengan Sarawak sebelum melantik Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di negeri itu, kata Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menteri belia, sukan dan pembangunan usahawan negeri berkata, meskipun mempunyai kuasa untuk melantik, pendirian negeri tidak harus diabaikan.
“Saya baharu sahaja mengetahui perkara ini menerusi media sosial bahawa seseorang yang tidak bersama kita telah dilantik sebagai Pengarah J-KOM Sarawak.
“J-KOM merupakan unit bawah kerajaan pusat, perlu sensitif, kalau mahu berkawan dengan kita, tanya dahulu siapa yang patut dilantik,” dia dipetik sebagai berkata oleh TVS ketika hadir program berbuka puasa di Kuching semalam.
Terdahulu Ketua Cabang PKR Santubong, Ahmad Nazib Johari dikatakan dilantik sebagai Pengarah J-KOM Sarawak.
Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menafikan perkara itu.
“Tidak benar, J-KOM telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau (Ahmad Nazib) bukan Pengarah J-KOM Sarawak,” katanya.
Kata Fahmi, jawatan itu akan diisi oleh calon yang dicadangkan oleh Premier Sarawak, Abang Johari Openg
/file/951/693301edffc04ffed130f3586335766a.jpg)
