Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sumber: K’jaan dijangka umum tol percuma sempena raya
Diterbitkan:  Apr 12, 2023 4:11 PM
Dikemaskini: 8:11 AM

Kerajaan dijangka mengumumkan pelaksanaan tol percuma membabitkan lebuh raya utama sempena hari raya puasa minggu depan.

Menurut sumber, kerajaan setakat ini menetapkan tarikh 19 dan 20 April untuk pengecualian bayaran tol berkenaan.

Setakat ini belum jelas sama ada Aidilfitri akan disambut pada 21 atau 22 April kerana ia tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja selepas melihat anak bulan Syawal.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada tarikh tersebut akan berubah mengikut tarikh Aidilfitri.

Pihak berkuasa agama akan melihat anak bulan di beberapa lokasi terpilih pada petang 20 April ini.

Sumber-sumber kerajaan juga memberitahu Malaysiakini bahawa tol percuma juga dijangka diberikan untuk perjalanan pulang selepas Aidilfitri.

Malaysiakini sudah menghubungi Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi dan sedang menunggu maklum balasnya.

Lihat Komen
ADS