Supermax gesa bekas pekerja asing dapatkan bayaran balik yuran
Supermax Corporation Bhd menggesa bekas pekerja asing untuk memohon pembayaran balik apa-apa yuran yang dibayar bagi mendapatkan pekerjaan di syarikat itu dalam usaha untuk menyelesaikan transformasi dasar buruhnya.
Pengeluar sarung tangan tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata ia terus menjalankan kempen jangkauan sebagai susulan terhadap usaha awal yang dilaksanakan di Nepal dan Bangladesh yang meminta bekas pekerja yang telah membayar yuran pengambilan pekerja untuk mendapatkan pekerjaan dibayar balik.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Stanley Thai berkata matlamat Supermax adalah untuk mengesan setiap pekerja yang telah membayar yuran pengambilan pekerja kerana ia mahu melengkapkan transformasi dasar buruhnya.
Supermax telah menubuhkan dana pada Mac 2022 bagi membayar balik yuran pengambilan bekas pekerja yang telah kembali ke negara asal mereka.
Dana ini diuruskan oleh jawatankuasa penasihat dan tadbir urus yang diketuai oleh Elevate, penyedia perkhidmatan alam sekitar, sosial dan tadbir urus, kemampanan dan rantaian bekalan yang terkenal di seluruh dunia.
Jawatankuasa itu dipandu oleh pakar hak pekerja asing bebasPengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dari Malaysia yang memperjuangkan hak migran, kata kenyataan itu.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/02/22e62afa039670d05558d765874790e4.jpg)
