Tiada arahan dari PM agar Sivakumar bercuti -Loke
Diterbitkan: Apr 17, 2023 1:43 PM | Dikemas kini: Apr 17, 2023 1:43 PM
Tidak ada arahan untuk Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar mengambil cuti memandangkan dia bukan suspek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Loke berkata Sivakumar hanya memberi kerjasama kepada SPRM dalam siasatan suruhanjaya itu mengenai kelulusan pekerja asing.
“Dia bukan suspek setakat yang saya tahu, cuma memberi kerjasama sebagai menteri dalam kes ini.
“Pada ketika ini kita masih akan memerhati sebarang perkembangan.
"Belum ada arahan daripada perdana menteri (Anwar Ibrahim) untuk beliau bercuti," kata Loke semasa sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
[Berita penuh menyusul]
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/02/404a837f4c1ad923278bb08d1b1e238b.jpg)
