Landasan LRT rosak: Prasarana akan ambil tindakan undang-undang, kata Loke
Diterbitkan: Apr 18, 2023 4:59 PM | Dikemas kini: Apr 18, 2023 5:01 PM
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan tindakan undang-undang akan diambil susulan kerosakan struktur berhampiran stesen LRT Bandaraya.
“(Penyedia perkhidmatan rel) Prasarana akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya untuk menampung kos pembinaan dan kesan yang disebabkan oleh pembinaan ini,” kata menteri itu.
"Sebaik-baiknya serahkan kepada mahkamah," tambahnya.
Loke berkata demikian hari ini pada sidang media yang diadakan di stesen KTMB KL Sentral.
[Berita penuh menyusul]
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/01/648c93d272f86ccb6793df01d58b14b7.jpg)
