Mapim kesal kes 50 warga Rohingya diusir dari rumah
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melahirkan rasa kesal terhadap pengusiran 50 warga Rohingya dalam kejadian di sebuah kampung di Pulau Pinang, baru-baru ini.
Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya terkejut dan kesal dengan pengusiran yang berlaku seminggu sebelum sambutan Aidilfitri itu seperti didedah Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
“Tindakan segelintir penduduk tempatan menghalau mereka yang telah menghuni di perkampungan itu lebih 10 tahun adalah bertentangan denagn prinsip kasih sayang dan persaudaraan dalam Islam, apatah lagi di bulan Ramadan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu UNHCR menyifatkan pengusiran warga Rohingya berkenaan pada bulan Ramadan sebagai satu tragedi.
“Tanpa provokasi, komuniti pelarian dihalau dari rumah mereka.
“Tragedi ini dapat dielakkan sepenuhnya dengan dialog dan persefahaman.
"Pelarian ini adalah mangsa malang kejahilan dan sikap tidak bertoleransi," kata UNHCR dalam hantaran Facebook.
/file/1216/9b684ffe2f505194cb0a3923ffa8ffed.jpeg)
