Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bantuan RM15.75 juta kepada sekolah persendirian Cina lepas raya
Diterbitkan:  Apr 20, 2023 5:15 PM
Dikemaskini: 9:25 AM

Kerajaan meluluskan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

“Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa permohonan ini telah diluluskan oleh perdana menteri merangkap Menteri Kewangan Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan media berbahasa Cina sebentar tadi.

Setiausaha agung DAP itu berkata setiap sekolah akan menerima bantuan RM250,000, yang akan diberikan dua minggu selepas cuti hari raya puasa, dengan majlis penyerahan rasmi pada 5 Mei.

Kelulusan itu diberikan Anwar susulan permohonan bertulis daripada Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 28 Feb lalu, tambah Loke.

Bantuan ini adalah yang kelima diberikan. 

Ia bermula pada 2019, setahun selepas kali pertama Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat.

Berikut jumlah bantuan yang diberikan sebelum ini:

  • 2022: 15 juta

  • 2021: 15 juta

  • 2020: 15 juta

  • 2019: 12 juta

Lihat Komen
ADS