Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Loke, Chow tak tahu ada 'langkah kembalikan Lim jadi KM'

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menjelaskan dia tidak tahu menahu mengenai dakwaan wujud langkah politik dalam parti itu supaya Lim Guan Eng dapat kembali ke pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Menurut Loke, dakwaan itu mungkin hanya khabar angin.

“Saya tidak menerima sebarang gesaan (untuk Lim dilantik semula sebagai ketua menteri), mungkin ia hanya khabar angin.

"Dikatakan ada tiga Adun(terlibat), tetapi saya tidak menerima sebarang memorandum atau surat daripada mana-mana Adun (mengenai perkara ini)," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan bahawa tiga Adun DAP di Pulau Pinang antara pihak yang mahu Ketua Menteri Chow Kon Yeow diganti kerana kepimpinannya didakwa lemah.

Malaysiakini bagaimanapun telah menarik balik laporan berkenaan selepas mendapati berlaku kesilapan tertentu di dalamnya berdasarskan pertemuan dengan tiga Adun berkaitan.

Chow memberitahu China Press bahawa dia juga tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu siapa Adun itu, mereka tidak meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada saya," katanya dipetik akhbar harian Cina itu.

Lihat Komen
ADS