Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahu selamatkan Melayu? Pulangkan wang disakau - PM
Diterbitkan:  May 6, 2023 9:30 PM
Dikemaskini: May 7, 2023 12:55 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas hartawan yang mahu menegakkan hak Melayu tetapi sebaliknya bertindak memperkayakan diri dan keluarga sendiri.

Dia berkata berkata jika golongan berkenaan benar-benar serius untuk menyelamatkan orang Melayu, mereka boleh menyerahkan separuh keuntungan mereka.

“Kalau betul nak selamatkan Melayu, saya nak bagitahu pembesar-pembesar, Tun-Tun, Tan Sri-Tan Sri yang kaya-kaya ini, betul nak tolong Melayu? Yang ambil keuntungan bilion bilion untung, bagi setengah kepada orang Melayu besok," katanya pada majlis rumah terbuka Madani di UiTM, Pulau Pinang hari ini.

Anwar juga menyebut bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Kata pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, jika mereka serius untuk menegakkan hak orang Melayu, apa yang "disakau" mesti dikembalikan kepada orang Melayu.

"Berapa kekayaan? RM10 bilion? RM15 bilion? Betul nak tolong Melayu? Ya. Betul nak jadi pejuang Melayu? Ya. Betul nak hidupkan Melayu? Yang kamu sakau itu kamu kembalikan kepada orang Melayu," katanya.

Pada masa lalu, Anwar mendakwa bahawa ramai pemimpin politik telah mengumpul kekayaan besar-besaran.

Tambahnya, tindakan akan diambil terhadap individu rasuah yang menyalahgunakan kuasa mereka, termasuk mereka yang bergelar ‘Tun’ dan ‘Tan Sri’.

Lihat Komen
ADS