Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M tinggalkan GTA, tumpu pada 'Proklamasi Melayu'
Diterbitkan:  May 12, 2023 10:31 AM
Dikemaskini: 2:31 AM

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata dia telah meninggalkan gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditubuhkan tahun lepas.

Mahathir berkata keputusan itu dibuat selepas GTA gagal menunjukkan keputusan yang baik semasa pilihan raya umum lalu, yang menyaksikan 168 calon GTA - yang bertanding sama ada di atas tiket Pejuang atau Putra - semuanya kehilangan deposit.

"GTA (sebelum ini juga) kita tidak (dapat) register, (kita) belum register (sebagai sebuah parti yang sah), (oleh kerana) GTA 'not functioning' dan tidak bergerak, (saya kini tidak bersama mereka)," kata Dr Mahathir seperti dilapor Astro Awani.

Mahathir berkata projek semasanya ialah kempen tandatangan Proklamasi Rakyat Malaysia yang telah menarik sokongan ahli politik Perikatan Nasional (PN) seperti Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ketua Pesuruhjaya PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Mahathir berkata ia adalah kempen kesedaran kepada orang Melayu untuk memaklumkan bahawa mereka "kehilangan kuasa".

Pada Februari, Mahathir menarik diri daripada Pejuang - parti yang ditubuhkannya pada 2020 selepas dipecat daripada Bersatu, yang merupakan parti lain yang diasaskannya pada 2016.

Cabar Anwar buktikan dakwaan

Sementara itu, Mahathir mencabar Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia mempunyai wang tunai RM1 bilion.

"(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu)," kata Mahathir.

Ini merujuk kepada ucapan Anwar pada 16 Mac bahawa seseorang yang "berkuasa selama 22 tahun dan 22 bulan" telah mengumpul berbilion-bilion dan menyembunyikannya di luar negara.

Mahathir telah mengandaikan bahawa kenyataan itu merujuk kepadanya dan memfailkan saman terhadap Anwar.

Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu ialah Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir yang memberitahu pemberita bahawa partinya tidak akan bersekutu dengan mana-mana pakatan termasuk Umno kerana mereka dikaitkan dengan kleptokrasi.

Mukhriz berkata belum ada keputusan mengenai kemungkinan pakatan untuk Pejuang dibuat. Pejuang kini mempunyai dua kerusi dalam dewan undangan negeri Kedah, di mana satu daripadanya disandang oleh Mukhriz.

Lihat Komen
ADS