Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pulangan pelaburan Sports Toto merosot jika tukar kerajaan di 3 negeri - Maybank IB
Diterbitkan:  May 16, 2023 7:00 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) memberi amaran bahawa jangkaan pulangan jangka panjang Sports Toto Bhd boleh jatuh sehingga 52 jika berlaku pertukaran kerajaan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Bank pelaburan itu dalam notanya hari ini berkata sebanyak 35 peratus kedai jualan nombor ekornya terletak di tiga negeri itu, lapor The New Straits Times.

“Berbanding Magnum Bhd, Sports Toto mempunyai lebih banyak NFO (pengendali nombor ramalan) di Selangor iaitu 22 peratus berbanding Magnum dengan 18 peratus.

"Sekiranya hanya kerajaan negeri Selangor yang berubah, jangkaan ikami pendapatan jangka panjang boleh dikurangkan sebanyak 33 peratus," jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS