Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rafizi jemput individu layak mohon jadi CEO Teraju, Yayasan Peneraju
Diterbitkan:  May 19, 2023 5:27 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengumumkan bahawa permohonan untuk jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Teraju dan Yayasan Penaraju kini dibuka.

Dalam langkah luar kelaziman itu, Rafizi yang juga timbalan presiden PKR, menjemput mereka yang layak untuk memohon.

“Kementerian Ekonomi mempunyai dua agensi yang sedang dalam proses pertukaran kepimpinan, iaitu Teraju – bertanggungjawab menguruskan pembangunan agenda ekonomi Bumiputr; dan Yayasan Peneraju – bertanggungjawab menguruskan pembangunan kemahiran dan bakat profesional Bumiputra.

"Kementerian Ekonomi kini menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan sebagai CEO Teraju dan Yayasan Peneraju untuk memohon mengisi kekosongan ini," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Rafizi juga menjemput profesional dalam bidang teknologi dan digital yang mahu menawarkan diri sebagai anggota Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR) untuk memohon menjadi anggota majlis.

Butiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang kerja boleh didapati di laman Teraju, Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS