Taufan Mawar badai Guam, pengalaman menakutkan dalam 2 dekad
Diterbitkan: May 25, 2023 6:30 PM
Taufan Mawar membadai Guam dengan angin kencang pada kelajuan 140 batu sejam (225 kilometer sejam) dan hujan lebat menyebabkan banjir dan bekalan elektrik terputus di pulau itu, lapor Xinhua.
"Ia merupakan pengalaman menakutkan yang tidak dialami lebih dua dekad," tulis Gabenor Guam Lou Leon Guerrero di Facebooknya.
Menurut Weather Channel, hampir seluruh Guam bergelap apabila pusat taufan berlegar tidak jauh dari titik paling utara pulau itu lewat malam Rabu.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pulau itu masih dalam pemantauan.
- Bernama-Xinhua
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/7a9f67b77de2f972a814a3f139ee77bc.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.