Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Telegram tak akan terlibat dalam 'tapisan politik' oleh kerajaan
Diterbitkan:  May 28, 2023 12:32 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Penyedia perkhidmatan Telegram dilaporkan berkata pihaknya tidak bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital kerana enggan terlibat dalam "sebarang bentuk tapisan politik".

New Straits Times memetik jurucakap Telegram Remi Vaughn sebagai berkata, sejak pelancarannya, pihaknya secara giat memantau kandungan berbahaya dalam platform itu, termasuk penjualan bahan terlarang dan lucah.

Katanya, pasukan moderator Telegram secara proaktif membuat pemantauan dan menerima laporan pengguna menerusi platform itu sendiri dan menerusi emel [email protected].

Ia bagi memadam kandungan yang melanggar terma perkhidmatan platform tersebut, katanya lagi.

"Namun, Telegram tidak akan turut serta dalam sebarang tapisan politik," katanya dalam kenyataan kepada New Straits Times.

Pada Mac lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kementerian itu telah memanggi Telegram berhubung salah guna platform antaranya bagi menyebarkan bahan lucah, ekstremisme dan kegiatan penipuan.

Semalam, Fahmi berkata Telegram tidak memberi kerjasama sejak Januari dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaku badan pemantau akan mencadangkan tindakan seterusnya terhadap platform itu.

Lihat Komen
ADS