Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Adoi, tanya lain, jawab lain' - MP kecewa jawapan KPM

Ahli Parlimen Tapah M Saravanan menyuarakan kekecewaannya terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana didakwa tidak menjawab soalan lisan yang di Dewan Rakyat hari ini.

"Adoi, tanya lain, jawab lain," kata Saravanan di Facebook sambil berkongsi jawapan lisan KPM di Facebook.

Terdahulu, Saravanan yang juga timbalan presiden MIC meminta KPM menyatakan jumlah peruntukan kepada sekolah Tamil dalam Belanjawan 2023 dan menjelaskan sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk memberi bantuan khas atau meningkatkan jumlah bantuan sedia ada untuk pembangunan pendidikan Tamil di negara ini.

Namun dalam jawapan lisan, KPM tidak menjawab soalan yang ditanya sebaliknya, memberi maklumat mengenai jumlah peruntukan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2023.

"KPM sentiasa komited dalam usaha untuk menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

"Anggaran peruntukan bagi penyelenggaraan di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan pada tahun 2023 adalah berjumlah RM900 juta,’ katanya.

Menurut kenyataan itu, KPM akan menyalurkan peruntukan penyelenggaraan kepada sekolah dengan adil dan sewajarnya.

"Peruntukan penyelenggaraan juga akan diagihkan berdasarkan permohonan dan susunan keutamaan," tambahnya.

Lihat Komen
ADS