Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azalina: Pegawai menteri sumber manusia masih dalam siasatan
Diterbitkan:  Jun 12, 2023 2:07 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Siasatan SPRM berhubung kes rasuah berkaitan pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia masih dalam siasatan, namun butirannya tidak dapat didedahkan buat masa ini.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata kes itu masih dialam siasatan tetapi SPRM tidak dapat mendedahkan butirannya.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam).

Wee dalam satu hantarannya di Facebook, berkata, dia baru mendapat jawapan bertulis kepada soalan lisan yang saya kemukakan di Dewan Rakyat pada 8 Jun lalu yang tidak sempat dijawab oleh menteri di Dewan Rakyat.

“Saya tanya hasil siasatan SPRM terhadap kes rasuah berkaitan pengambilan pekerja asing yang dikatakan melibatkan beberapa pegawai kanan menteri sumber manusia.

“Saya juga tanya, sejauh mana magnitud gejala ini memberi implikasi terhadap komitmen kerajaan perpaduan membanteras rasuah dengan berkesan,” katanya.

Bahagian akhir soalannya itu tidak dijawab oleh Azalina.

Azalina Othman Said

Bulan lalu, Malaysiakini melaporkan lima pegawai kementerian berkenaan telah ditamatkan perkhidmatan mereka berkuat kuasa serta-merta manakala seorang lagi dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Keenam-enam mereka dilantik oleh Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Ketikaitu, sumber kerajaan berkata kontrak mereka ditamatkan kerana siasatan SPRM manakala yang pula yang mendakwa ia adalah kerana prestasi buruk mereka.

Sivakumar kemudian mengesahkan pemberhentian mereka dan berkata ia dilakukan bagi memastikan kementerian dapat terus berfungsi dengan baik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS