Paling Popular
Terkini

Kedah merancang untuk membubarkan DUN pada 28 Jun ini, kata Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi berkata dia akan menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada 25 Jun ini terlebih dahulu, bagi memohon perkenan baginda untuk tarikh pembubaran berkenaan.

“Saya akan menghadap (Sultan Kedah) 25 Jun ini. Saya bercadanglah untuk mempersembahkan kepada tuanku sultan, (iaitu) cadangan daripada kerajaan negeri (tarikh pembubaran DUN) ialah 28 Jun, kalau tuanku perkenan baru saya boleh umum secara rasmi,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan khemah, meja dan kerusi kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) di bawah Program Sejahtera Komuniti di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga ketua pengarah Pilihan Raya PN berkata pengagihan kerusi calon PN di Kedah untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) telah selesai dan ia berlaku secara seimbang.

“Ia berdasarkan kekuatan (calon) masing-masing (termasuk) status quo...untuk calon menteri besar Kedah ia bergantung kepada (pimpinan) parti di peringkat pusat yang tentukan,” katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS