Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) melantik Dr Lee Boon Chye sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif yang baharu, berkuat kuasa 11 Julai 2023. 

Dalam satu kenyataan, ia berkata Dr Lee menggantikan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang bersara pada 16 Dis 2022.

 Dr Lee berpengalaman luas terutamanya dalam sektor perubatan dan beliau pada masa ini merupakan pakar perunding residen dan pakar kardiologi di Hospital Pakar KPJ Ipoh, katanya.

Sebelum ini, beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dari 2018 hingga 2020 dan adalah ahli Parlimen Gopeng dari 2008 hingga 2012 yang mewakili PKR.

"Dengan kepakaran dan kepimpinannya, organisasi ini bakal mengukuhkan komitmennya untuk memajukan bioteknologi dan industri berasaskan bio yang mengharmonikan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar di Malaysia," kata Bioeconomy Corp.