Aktivis pelarian Myanmar Thuzar Maung dan keluarganya didakwa diculik di rumahnya di Ampang Jaya, Kuala Lumpur.

Pemantau hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) berkata kejadian berlaku pada jam  4.30 pagi pada 4 Julai, melibatkan kereta polis palsu.

“Kami bimbang Thuzar Maung dan keluarganya diculik dalam operasi terancang dan berisiko tinggi,” kata Pengarah Asia HRW Elaine Pearson.

“Kerajaan Malaysia patut segera bertindak menyelamatkan keluarganya bagi memastikan keselamatan mereka.”