Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tanding PRK Pulai': Presiden Gerakan kata akaun Twitter digodam
Diterbitkan:  Jul 24, 2023 3:55 PM
Dikemaskini: 7:57 AM

Presiden Gerakan Dominic Lau menerima kecaman selepas didakwa mengutarakan cadangan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Pulai di Twitter.

Ciapan itu - yang kini telah dipadam - dibuat hanya kira-kira sejam selepas ahli Parlimen Pulai, Allahyarham Salahuddin Ayub dikebumikan.

"Okey tak kalau saya bertanding dalam PRK Pulai?" katanya pada jam 12.37 tengah hari tadi, menurut tangkap layar ciapan tersebut.

Antara yang sempat melihat ciapan itu sebelum ia dipadam adalah Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

"Allahyarham baru saja dikebumikan dan ini ciapan presiden Gerakan," katanya.

Selepas ciapan itu dipadam, Syahredzan memuat naik tangkap layarnya dengan berkata: "Anda tak boleh lari (You're not getting away)."

Lau ketika dihubungi Malaysiakini menghantar imej yang menyatakan ciapan itu sebagai "palsu".

Menurut Lau, akaun Twitternya telah digodam dan penggodam yang membuat ciapan itu sebelum memadamnya.

Dia juga berkata akan membuat laporan polis dalam masa beberapa hari.

Lihat Komen
ADS