Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
DAP umum 19 calon di P Pinang, Ramasamy dan Chong Eng digugur
Diterbitkan:  Jul 25, 2023 7:38 PM
Dikemaskini: 11:42 AM

DAP hari ini mengumumkan 10 calon daripada parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Sepuluh daripada 19 calon itu – termasuk pengerusi parti Lim Guan Eng dan Ketua Menteri sementara Pulau Pinang, Chow Kon Yeow – adalah penyandang bagi kerusi masing-masing, manakala tujuh lagi adalah muka baru.

Parti itu juga telah menggugurkan dua pemimpinnya daripada mempertahankan kerusi mereka iaitu timbalan ketua menteri II Pulau Pinang yang juga penyandang DUN Perai, P Ramasamy, dan Ketua Wanita DAP serta penyandang DUN Padang Lalang, Chong Eng.

Sementara itu penyandang kerusi DUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh juga tidak akan mempertahankan kerusinya pada PRN ini. Phee sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bersara.

Ketiga-tiga mereka telah berumur lebih 65 tahun.

Phee, yang merupakan Adun selama empat penggal, akan digantikan oleh anak perempuannya, Phee Syn Tze, 38.

Sementara itu, penyandang DUN Pengkalan Kota, Gooi Zi Sen akan berpindah ke kerusi Padang Lalang bagi menggantikan Chong.

Bekas timbalan ketua pegawai eksekutif Eco World Development Group Bhd, Sundarajoo Somu akan menggantikan Ramasamy di kubu kuat DAP di Perai.

Tokoh lain yang digugurkan termasuk ahli exco kerajaan negeri sementara, Yeoh Soon Hing dan Soon Lip Chee serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Bekas ahli parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai akan menggantikan Yeoh di kerusi Paya Terubong, manakala Soon dan Syerleena akan digantikan dengan muka baru.

Pembantu Ramasamy, Satees Muniandy, turut digugurkan daripada bertanding di Bagan Dalam. Tempat Satees akan digantikan pendatang baru, Kumaran Krishnan.

Di Pulau Tikus, penyandang kerusi berkenaan, Chris Lee Chun Kit tidak akan mempertahankan kerusinya.

Chris pagi ini mengumumkan menarik diri daripada bertanding dalam PRN kali ini dengan menyebut mengenai masalah kesihatan.

DAP sebaliknya memperkenalkan calon baru, Woo Sze Zeng untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Berikut senarai calon DAP Pulau Pinang:

N7 Sungai Puyu - Phee Syn Tze

N8 Bagan Jermal - Chee Yeeh Keen

N9 Bagan Dalam - Kumaran Krishnan

N13 Berapit - Heng Lee Lee

N15 Padang Lalang – Gooi Zi Sen

N16 Perai – Sundarajoo Somu

N19 Jawi - H'ng Mooi Lye

N22 Tanjong Bunga - Zairil Khir Johari

N23 Air Putih - Lim Guan Eng

N25 Pulau Tikus - Woo Sze Zeng

N26 Padang Kota - Chow Kon Yeow

N27 Pengkalan Kota – Wong Yuee Harng

N28 Komtar - Teh Lai Heng

N29 Datok Keramat - Jagdeep Singh Deo

N30 Sungai Pinang - Lim Siew Khim

N31 Batu Lancang - Ong Ah Teong

N32 Seri Delima – Tan Hooi Peng

N33 Air Itam - Joseph Ng Soon Siang

N34 Paya Terubong – Wong Hon Wai

Lihat Komen
ADS