Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kanak-kanak hilang di Teluk Senangin ditemukan meninggal dunia

Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut semalam, ditemukan meninggal dunia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad mangsa dikenali sebagai Muhammad Faris Irfan ditemui nelayan pada 8.20 pagi tadi.

"Mangsa ditemui kira-kira dua batu nautika berhampiran Tanjung Hantu dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tamat sepenuhnya pada pukul 9 pagi, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.19 petang semalam selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari kehilangannya kira-kira 1 tengah hari.

Operasi SAR dimulakan sejurus selepas itu dan ditangguhkan pada 6.30 petang, namun katanya pencarian dimulakan semula malam tadi susulan maklumat baharu diterima pihaknya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS