Polis siasat punca kematian kanak-kanak mati mengejut
Diterbitkan: Jul 31, 2023 9:10 AM
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Panglima, Assam Kumbang di Taiping pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Razlam Ab Hamid berkata polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada kira-kira jam 11 pagi.
“Polis dan ambulans dari Hospital Taiping bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan kematian tersebut,” katanya dalam kenyataan di Taiping.
Razlam berkata pihak forensik D10 Polis Diraja Malaysia Perak telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
"Polis mengklasifikasikan siasatan awal sebagai kematian mengejut," katanya.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/09/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59.jpg)
