Seramai sepuluh suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga asing berasal dari India di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang AA Anbagalan ketika mengesahkan perkara ini memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Tangkapan seramai 13 orang terdiri 10 lelaki dan tiga perempuan yang disyaki dapat membantu dalam kes tersebut ditahan semalam sekitar Lembah Klang

"Namun begitu tiga wanita (ahli keluarga) suspek dibebaskan hari ini setelah keterangan dirakam.

"Kesemua baki 10 suspek merupakan ahli keluarga majikan(suspek) dan rakan simati (pekerja majikan). Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20-an hingga 58 tahun," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh, ditemukan dalam guni di tapak premis besi buruk.

Katanya, penemuan mayat lelaki tanpa identiti itu, dilaporkan kepada pihaknya oleh orang awam pada 1.30 tengah hari, semalam.

Dia berkata lelaki itu dipercayai telah dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam guni plastik berwarna putih.

Si mati berusia 41 tahun bekerja sebagai kerani kewangan di syarikat majikan suspek.

"Siasatan awal menunjukkan motif kejadian adalah berpunca dari masalah kewangan yang dikatakan diambil oleh si mati(kerani kewangan) daripada syarikat (besi buruk/kitar semula) suspek.

"Suspek yang mengetahui kehilangan wang tersebut yang dikatakan berjumlah puluhan ribu telah membawa si mati dan disimpan ditempat kejadian beberapa hari sehingga si mati didapati dibunuh.

"Siasatan masih diteruskan," katanya.