Waris mangsa pesawat hadir di IPD untuk ujian DNA
Suasana sayu menyelubungi pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan (IPD) lewat malam tadi dengan kehadiran waris mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam.
IPD Klang Selatan menjadi lokasi bagi proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas waris mangsa bagi tujuan mengenal pasti 10 individu yang terkorban dalam tragedi itu.
Isteri Exco Pahang Datuk Seri Johari Harun, Datin Seri Maziah Samsudin, antara yang dilihat tiba bersama ahli keluarga sebelum diiring ke sebuah bilik di Jabatan Siasatan Jenayah IPD itu untuk melakukan prosedur berkaitan.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi turut hadir untuk bertemu dengan waris mangsa.
Difahamkan setakat 12 malam tadi, hanya satu lagi waris mangsa yang belum hadir.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/a49ba98658c2769f48bd9d5d1c06cd57.jpg)
