Polis sedang mengesan 25 orang peguam bagi membantu siasatan lebih 200 kes pecah amanah yang dilaporkan berlaku di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff berkata, kesemua peguam yang dicari itu didapati menutup firma masing-masing dan tidak lagi menjadi pengamal undang-undang.

Katanya, polis percaya peguam-peguam berkenaan masih berada di negara ini walaupun telah berpindah dari kediaman masing-masing dan polis cuma mempunyai alamat terakhir mereka.

Beliau berkata, sejak 1995 hingga sekarang, polis telah menerima 249 aduan kes mengenai dakwaan kegiatan pecah amanah yang membabitkan peguam, demikian menurut laporan Bernama.

"Kita telah menyelesaikan sebanyak 32 kes dan keadaan adalah membimbangkan apabila kes yang melibatkan pecah amanah peguam dilaporkan semakin meningkat bagi setiap tahun," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ramli berkata dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sahaja, polis menerima tidak kurang daripada 40 kes pecah amanah yang melibatkan peguam.

"Kita melihat jumlah kes adalah meningkat dan kita sering menerima aduan daripada orang ramai dan juga Majlis Peguam," katanya.

.

Senarai nama

Katanya siasatan terhadap kes itu adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mereka yang sedang dicari adalah:

1. Noor Hadi Sallehon dari Suite A-8-01 Impian Selatan Condo, Taman

Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur

2. Andrew Wee Cheng Hoe (Pandan Indah, Kuala Lumpur)

3. Kow Chee Kang (Taman Gembira Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur),

4. Raja Rohana Raja Mamat (The Forum Jalan Inai, Off Jalan Tun Razak,

Kuala Lumpur)

5. Susan Obley (Endah Villa Condo, Seri Petaling, Kuala Lumpur)

6. Kushairi Abdul Karim (Taman Paduka, Kuala Selangor)

7. Kua Tian Chye (Penthouse Bukit Mewah, Bukit Kajang, Selangor)

8. Joichim Louis Peastus Louis (Seksyen 14, Petaling Jaya)

9. Madhzar Mohd Sapuan (Jalan 5C Bandar Bangi, Selangor)

10. Manoharan Doraisamy (Taman Sri Kelana, Kelana Jaya, Petaling Jaya).

11. Arafat Shahar (Jalan Air Puteri, Teluk Iskandar, Mersing, Johor)

12. Tan Kok Kwang (Jalan Sungai Abong, Muar, Johor)

13. Mohd Amin Hasbollah (Jalan Yahya Awal, Johor Bahru)

14. Rosli Rahman (Taman Delima, Johor Bahru)

15. Norlaila Ahmad (Taman Brincham Raya, Ulu Kinta, Perak)

16. Imran Hardy Mohamad Zaini (Pasir Mas, Kelantan).

17. Murugadas Ganesan (Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang)

18. Maiden Mohamed (Taman Free School, Pulau Pinang)

19. V.Ramanathan (alamat tidak diketahui, Pulau Pinang)

20. Leong Sing Cheong (Taman Bukit, Bukit Mertajam)

21. Sheikh Anuar Sheikh Daud (Jalan Arumugam Pillay, Bukit Mertajam).

22. Mohamad Hamdi Abd.Hamid (Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis),

23. Koay Kheh Seong (Taman Mewah, Sungai Petani, Kedah)

24. Pok Yong Chan (Taman Kota Laksamana, Melaka)

25. Loh Yin Fah (Taman Sri Raub, Raub, Pahang).

Sesiapa yang mengenali atau mengetahui tempat peguam itu berada diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.