Tiga penyandang Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Mustafa Kamil Ayub mengekalkan jawatan masing-masing dalam kongres nasional PKR di Seremban yang berakhir hari ini.

Azmin yang juga pengarah pilihanraya PKR mendapat undi terbanyak dengan 724 undi, manakala Dr Lee mendapat 630 undi.

Manakala Mustafa Kamil yang merupakan naib presiden yang dilantik menduduki tempat ketiga dengan memperolehi 604 undi. Perlembagaan PKR membolehkan dua lagi naib presiden dilantik oleh presiden dengan persetujuan Majlis Pimpinan Tinggi (MPT)

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Timbalannya, Dr Syed Husin Ali kekal dalam jawatan masing-masing tanpa kelak tanpa bertanding.

Sebelum ini, seorang lagi penyandang jawatan naib presiden, Sivarasa Rasiah telah menarik diri tetapi beliau terpilih menganggotai MPT.

Dua calon lain bagi jawatan naib presiden Dr Xavier Jayakumar dan bekas ketua Wanita Fuziah Salleh gagal terpilih selepas hanya menduduki tempat keempat dan kelima. Dr Xavier mendapat 486 undi dan Fuziah 478 undi.

Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Jeffery Kitingan yang turut dicalon bertanding jawatan naib presiden, turut menarik diri.

21 undi rosak

Dua puluh yang dipilih menganggotai MPT ialah Dominique Ng yang mendapat 822 undi; Dr. Badrul Amin (813); Dr. Mansor Othman (766); Sivarasa Rasiah (744); Gobalakrishnan (676); Dr. Zaleha Mustafa (633); Yahya Sahri (558); Johari Abdul ( 525); Irene Fernandez ( 512); Christina Liew (510); Kapten (B) Usaili Alias (463); Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (453); Latheefa Koya (436); Saiful Izham Ramli (430); Osman Abd Rahman (428); Badrul Hisham Shahrin (419); Ansari Abdullah (412) Animah Ferrar ( 410); Khalid Jaafar ( 394) dan Zakaria Abd Hamid (377).

Manakala calon MPT yang kalah ialah Cheah Kah Peng, Suzana Manja Ibrahim, Zahir Hassan, Ahmad Zaki Yamani, Dzulkifli Ismail, Zainon Jaafar, Zulkifli Ibrahim, Lee Kim Sin, Nik Hasan Nik Ya, Tai Seng Ng, Kalaivanar A/L Balasundram, Dr. Edwin Bosi, Norizam Yasin, Manikavasagam, Lee Sang, Evelyn Gabriel, Ayyathurai, Nor Azman Mat Amin, Chai Tong Chai, Abdul Razak Ahmad, Low Chee Cheong, Salma Ismail, Azmi Khamis, Mohd Yatim Ismail, Abd Rahim Abd Wahab, Razali Alias, Daniel John Jambun, Nordin Ismail, Fariz Musa, Ahmad Nizam Hamid, Yahya Ismail, Lim Ong Hang, Abd Wahab Ibrahim, Hassan Malempeng, Jalumin Samin, Idris Bohari, Johari Kasim, Ismaily Bongsu, Jenapala A/L Perumal, Francis A/L Sebastian, Lim Yoon Pang, Safian M. Shah, M Kottapan dan Abdul Malik Kassim.

Mustafa Kamil yang turut dicalonkan untuk jawatan MPT telah menarik diri kerana bertanding jawatan naib presiden.

Manakala jawatan timbalan pengerusi tetap dimenangi oleh Khazizi Ahmad yang mendapat 642 undi setelah mengalahkan Munawir Mahmud yang mendapat 342 undi, manakala undi rosak ialah 57.

Kurang wakil Cina

Bagaimanapun, senarai yang terpilih itu menunjukkan bilangan perwakilan dari kaum Cina telah berkurangan.

Hanya dua pemimpin Cina yang terpilih dalam MPT dan kedua-duanya adalah dari Malaysia Timur. Penyandang MPT dari Semenanjung Malaysia seperti Low Chee Cheong, Cheah Kah Peng dan Lee San, serta calon kaum Cina yang lain, gagal dipilih.

Pemerhati politik berpendapat, perkembangan terbaru itu mungkin menjejaskan kuasa rundingan PKR dalam proses pengagihan kerusi majoriti Cina dengan DAP dalam pilihanraya umum akan dating.

Sebaik sahaja pengumum dibuat, seorang perwakilan Melayu daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) naik ke pentas mengganggu perjalanan majlis untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap kurangnya wakil Cina dari Semenanjung Malaysia dalam MPT.

Bagaimanapun, pengerusi persidangan dapat menenangkan keadaan sebelum perwakilan trsebut dalam meneruskan ucapannya.

Barisan kepimpinan baru itu juga gagal merealisasikan sasaran 30 peratus perwakilan wanita dalam jawatan tinggi parti.