Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tentera Darat dijangka terima helikopter Black Hawk akhir tahun
Diterbitkan:  Sep 5, 2023 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima dua daripada empat buah helikopter jenis Black Hawk pada hujung tahun ini.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata pesawat buatan Amerika Syarikat berkenaan akan digunakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

Beliau berkata TDM akan menghantar juruterbang ke Turki untuk menjalani latihan simulator Black Hawk sebelum helikopter itu dibawa ke Malaysia.

“Kami akan menghantar juruterbang (PUTD) pada Oktober ini agar latihan simulator Black Hawk dapat dikendalikan sepenuhnya oleh juruterbang secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Istiadat Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat ke-29 di Dataran PTD Kem Perdana Sungai Besi, di Kuala Lumpur, hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS