Jabatan Penerangan (JaPen) merangkul dua anugerah di 4th  ASEAN PR Excellence Awards 2023 di Ho Chi Minh City, Vietnam, semalam. 

JaPen dalam kenyataan hari ini memaklumkan dua anugerah diterima pada majlis anjuran bersama ASEAN PR Network (APRN) dan Institut Perhubungan Awam

Malaysia (IPRM) itu adalah Anugerah Berlian bagi kategori ‘Best Crisis Management’ dan Anugerah Gangsa untuk kategori ‘Best Government PR’. 

“Bagi kedua-dua kategori ini, JaPen mengemukakan laporan khas berkaitan peranan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam

pengurusan media semasa tragedi bencana tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada 16 Dis 2022,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu turut memaklumkan  dua  anugerah diterima itu adalah bagi pihak  semua petugas Kementerian Komunikasi dan Digital  yang bertugas dengan cemerlang semasa tragedi berkenaan.

- Bernama