Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda, Wanita MCA dapat ketua baru
Diterbitkan:  Sep 24, 2023 8:50 AM
Dikemaskini: 12:50 AM

Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, dipilih sebagai ketua baru Pemuda MCA selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat sayap itu dikeluarkan tengah malam tadi.

Ia diumumkan Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.

Ling yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng menang selepas memperoleh 130 undi dan mengalahkan dua pesaingnya, Danial Wa Wai How (58 undi) serta Bernard Chan Kee Siang.

Chan gagal memperoleh sebarang undi.

Jawatan ketua Pemuda MCA tidak dipertahankan penyandangnya, Nicole Wong, yang bertanding jawatan naib presiden bagi pemilihan kali ini.

Sementara itu, Wong You Fong pula dipilih sebagai ketua baru Wanita MCA selepas menerima 281 undi berbanding 98 undi yang diraih pencabarnya Ooi Siew Kim.

Wong You Fong

Hari ini pula akan berlangsung pemilihan bagi jawatan utama MCA membabitkan jawatan presiden, naib presiden dan ahli-ahli jawatankuasa pusat.

Keputusan dijangka diumumkan selepas pengiraan undi yang bermula pada 7 petang.

Pada pemilihan kali ini, Dr Mah Hang Soon mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden selepas menang tanpa bertanding.

Proses pemilihan parti itu dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA yang memperuntukkan bahawa pemilihan perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS