Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maybank tak kenakan caj pada peniaga guna DuitNow QR
Diterbitkan:  Sep 29, 2023 11:31 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

"Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj seperti amalan hari ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang mengendalikan kod DuitNow QR baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.

Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS