Mahkamah arah saman bekas AG dibicara sebagai saman fitnah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan saman bekas peguam negara Tommy Thomas didengar sebagai saman fitnah.
Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu itu berhubung permohonan Pasukan Petugas Khas (STF) dan kerajaan bagi membatalkan saman yang dikemukakan oleh Thomas terhadap mereka.
Saman itu adalah berhubung laporan siasatan mengenai kandungan memoir bekas peguam negara itu yang bertajuk 'My Story: Justice In the Wilderness'.
Thomas memfailkan saman pemula pada 27 Oktober tahun lalu dengan memohon perisytiharan bahawa laporan berkenaan ' adalah dokumen tidak sah dan bertentangan undang-undang.

Laporan pasukan petugas khas itu telah didedahkan kepada orang ramai melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri pada 21 Okt tahun lalu, berikutan perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penyahklasifikasiannya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/01/426f956498d23b4e5d3ecb35edcdb350.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/b48cfda9401f0f38e9357cd0c02f264d.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/af66a36760cc7408f63eaac3468dc1ed.jpg)

