Sebuah kumpulan pembela hak pekerja menggesa kerajaan mewajibkan dasar gaji progresif (PWS) dan bukan melaksanakannya secara sukarela.

Setiasuaha Persatuan Solidariti Buruh dan Sumber Pembelajaran (LLRC), Gopal Kishnam Nadesan berkata ini kerana kebanyakan majikan tidak akan menaikkan gaji, jika majikan lain tidak berbuat demikianj.

“Hanya apabila kerajaan mewajibkan PWS bagi setiap sektor, barulah dapat bermain di padang rata, dan semua perniagaan boleh bersaing secara adil berdasarkan kos buruh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Dia juga menggesa kerajaan mengambil iktibar daripada kerajaan Singapura, apabila Model Gaji Progresif yang diperkenalkan negara itu gagal pada peringkat awal kerana dilaksanakan secara sukarela.

"Tetapi ia menjadi sangat berkesan selepas kerajaan Singapura mewajibkannya, ketidakpatuhan terhadap skala gaji akan didenda. Kita mesti mengambil pengajaran daripada pengalaman ini," katanya.

Insentif itu bergantung kepada kuota tahunan dan akan dilaksanakan atas dasar ‘first come, first serve’. Rafizi juga berkata butiran mengenai perkara itu akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt.

PWS, yang akan melengkapkan gaji minimum, bertujuan untuk menyusun semula gaji bagi membolehkan kenaikan gaji berdasarkan kemahiran dan pengalaman.