Modul PLKN tak seimbang, 90% ala tentera - MCA
Nisbah latihan ala tentera dan kenegaraan dalam Program Latihan Khidmat Negara yang akan diperkenalkan semula dilihat tidak seimbang.
“Nisbah peratusan antara latihan tentera (90%) dan latihan kewarganegaraan (10%) dilihat tidak seimbang dengan ketara,” kata Timbalan Ketua Pemuda MCA Mike Chong Yew Chuan.
Katanya, matlamat untuk melahirkan generasi yang cintakan negara, patriotik serta bersemangat perpaduan tanpa mengira latar belakang harus menjadi keutamaan berbanding modul fizikal.

Dalam kenyataan hari ini Chong juga berkata tanggapan awam terhadap modul ala tentera juga perlu ditangani dengan baik.
Katanya, tidak semua ibu bapa mahu anak-anak mereka berdepan dengan “latihan keras ala tentera”.
“Modul yang berkaitan perlu diperinci dan dinilai dengan mengambil kira pandangan para ibu bapa dan penjaga kepada para pelajar,” katanya.
Dalam program kali ini, peserta hanya akan menjalani latihan di 13 kem tentera Wataniah di seluruh negara, berbanding tiga bulan sebelum ini.
Menteri Pertahanan Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mahu mengikut kerangka yang lama kerana PLKN sewaktu itu dilihat seperti kem musim panas.
Setelah beroeprasi 14 tahun, PLKN dimansuhkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kali pertama pada 2018, yang ketika itu diketuai oleh perdana menteri Mahathir Mohamad.
Selain PLKN, Biro Tata Negara (BTN) turut dimansuhkan ketika itu atas alasan membazir dan menjadi alat politik.
/file/1217/c09b13a75224052e8b8e739371e6b6ce.jpeg)
